PROGRAM: MAJLIS BERSAMA ANAK YATIM RUMAH PENYAYANG HEMBUSAN KASTURI

Rumah Penyayang Hembusan Kasturi (RPHK) yang menyediakan asrama, pusat kebajikan & pendidikan.

 
Pemandangan jalan masuk ke Rumah Penyayang Hembusan Kasturi


 Sebahagian anak-anak yatim bersama dengan Ustaz Zairi yang bertanggungjawab menjaga segala kebajikan di Rumah Penyayang Hembusan Kasturi (RPHK)



 Pandangan keseluruhan dari hadapan Rumah Penyayang Hembusan Kasturi (RPHK)

Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua..... Alhamdulillah kehadrat Ilahi diberi peluang sekali lagi untuk mengadakan majlis bersama anak yatim beralamat di No. 24, Jalan Kasban, 2E/KU8, Taman Meru Makmur, Meru Klang yang telah diadakan bertempat di Klang Sentral pada 18hb Mei 2012, bersamaan Jumaat yang lalu.


Majlis yang berlangsung dengan meriahnya telah dijayakan oleh Tuan Kimie sebagai peneraju utama bersama- sama ahli jemaah yang lain seperti:
- Ayahnda Pak Non
- Ayahnda Wira Api
- Kekanda Rainbow
- Kekanda Eiwa
- Kekanda Zul Mata Merah
- Abang Long Marlon
- Abang Long Asip
- Abang Long Wish
- Kak Long
- Ayan
- Aziz
- Bang At
- Burhan
- Dolah
- Dino
- Din Pomen
- Din Tanggo
- Fifi
- Farikh
- Faizal
- Man
- Pak Ya
- Razi
- Ramlee
- Rashid
- Rosli
- Zali dan lain-lain.

Pada majlis tersebut, kutipan wang tunai amat memberangsangkan. Selain sumbangan berupa wang ringgit, melalui majlis itu  juga telah menerima beberapa sumbangan berbentuk barang keperluan harian seperti beras, gula, kopi, biskut dan lain-lain yang disumbangkan oleh ahli2 jemaah/jemputan dan persendirian.


Berikut adalah aturcara majlis yang telah berlangsung:
-  Berkumpul di Klang Sentral.
-  Bertolak ke Rumah Penyayang Hembusan Kasturi untuk mengambil anak anak yatim
    bersama-sama Ustaz Zairi kembali ke Klang Sentral.
-  Majlis pembukaan majlis dan jamuan makan kepada anak anak yatim serta para jemaah/
    jemputan.
-  Sesi bermesra (suai kenal) dan meraikan bersama anak anak yatim dengan para jemaah/
    jemputan bagi mengeratkan lagi silaturrahim.
-  Sesi pemberian sumbangan kepada yang mampu dengan seikhlas hati seperti wang,  
    makanan, pakaian dan lain-lain lagi dan
-  Majlis penutup dan bersurai serta menghantar kembali anak anak yatim ke Rumah
    Penyayang.



Daripada Abu Hurairah r.a berkata; sabda Rasulullah saw; "Setiap amalan kebaikan manusia dikira SEDEKAH, setiap hari apabila terbitnya matahari & apabila berlaku adil antara 2 orang membantu mengangkat barang & setiap langkah ke tempat solat @ membuang sampah/ halangan di jalanan juga dikira SEDEKAH..."
Semoga program yang telah dilaksanakan ini diberkati oleh ALLAH S.W.T.
 Amin.....


LAMPIRAN XTVT


































1 comment: