PAPAN BULETIN

Segala Aktiviti Baru (Akan Datang) akan ditampal di papan buletin ini.
Teruskan bersama kami dan kumpul MERIT anda.

PROGRAM: MAJLIS BERSAMA ANAK YATIM RUMAH PENYAYANG HEMBUSAN KASTURI

Rumah Penyayang Hembusan Kasturi (RPHK) yang menyediakan asrama, pusat kebajikan & pendidikan.

 
Pemandangan jalan masuk ke Rumah Penyayang Hembusan Kasturi


 Sebahagian anak-anak yatim bersama dengan Ustaz Zairi yang bertanggungjawab menjaga segala kebajikan di Rumah Penyayang Hembusan Kasturi (RPHK)



 Pandangan keseluruhan dari hadapan Rumah Penyayang Hembusan Kasturi (RPHK)

Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua..... Alhamdulillah kehadrat Ilahi diberi peluang sekali lagi untuk mengadakan majlis bersama anak yatim beralamat di No. 24, Jalan Kasban, 2E/KU8, Taman Meru Makmur, Meru Klang yang telah diadakan bertempat di Klang Sentral pada 18hb Mei 2012, bersamaan Jumaat yang lalu.


Majlis yang berlangsung dengan meriahnya telah dijayakan oleh Tuan Kimie sebagai peneraju utama bersama- sama ahli jemaah yang lain seperti:
- Ayahnda Pak Non
- Ayahnda Wira Api
- Kekanda Rainbow
- Kekanda Eiwa
- Kekanda Zul Mata Merah
- Abang Long Marlon
- Abang Long Asip
- Abang Long Wish
- Kak Long
- Ayan
- Aziz
- Bang At
- Burhan
- Dolah
- Dino
- Din Pomen
- Din Tanggo
- Fifi
- Farikh
- Faizal
- Man
- Pak Ya
- Razi
- Ramlee
- Rashid
- Rosli
- Zali dan lain-lain.

Pada majlis tersebut, kutipan wang tunai amat memberangsangkan. Selain sumbangan berupa wang ringgit, melalui majlis itu  juga telah menerima beberapa sumbangan berbentuk barang keperluan harian seperti beras, gula, kopi, biskut dan lain-lain yang disumbangkan oleh ahli2 jemaah/jemputan dan persendirian.


Berikut adalah aturcara majlis yang telah berlangsung:
-  Berkumpul di Klang Sentral.
-  Bertolak ke Rumah Penyayang Hembusan Kasturi untuk mengambil anak anak yatim
    bersama-sama Ustaz Zairi kembali ke Klang Sentral.
-  Majlis pembukaan majlis dan jamuan makan kepada anak anak yatim serta para jemaah/
    jemputan.
-  Sesi bermesra (suai kenal) dan meraikan bersama anak anak yatim dengan para jemaah/
    jemputan bagi mengeratkan lagi silaturrahim.
-  Sesi pemberian sumbangan kepada yang mampu dengan seikhlas hati seperti wang,  
    makanan, pakaian dan lain-lain lagi dan
-  Majlis penutup dan bersurai serta menghantar kembali anak anak yatim ke Rumah
    Penyayang.



Daripada Abu Hurairah r.a berkata; sabda Rasulullah saw; "Setiap amalan kebaikan manusia dikira SEDEKAH, setiap hari apabila terbitnya matahari & apabila berlaku adil antara 2 orang membantu mengangkat barang & setiap langkah ke tempat solat @ membuang sampah/ halangan di jalanan juga dikira SEDEKAH..."
Semoga program yang telah dilaksanakan ini diberkati oleh ALLAH S.W.T.
 Amin.....


LAMPIRAN XTVT


































Program 'Ziarah Surau'

Program 'Ziarah Surau' Menara Maju, Batu 1, Jalan Sg Jati, Kg Jawa, Klang.
Tarikh   : 16/02/2012
Masa    : Solat Isyak
Agenda : Doa Selamat & Sayang Surau.
Kepada yang mampu bolehlah sumbangkan apa sahaja seikhlas hati seperti wang, makanan, minuman dan lain-lain lagi bagi tujuan makan selepas solat beramai-ramai bagi mengeratkan lagi silaturrahim di antara jemaah yang hadir.

 
Surau Menara Maju, Batu 1, Jalan Sg Jati, Kg Jawa, Klang.

 
Jamuan makan yang disediakan ahli persatuan APNK setelah selesai solat isyak berjemaah menambahkan lagi suasana kekitaan dan mengeratkan silaturrahim antara ahli dan jemaah Masjid, insyaAllah.
 
Antara muslimat yang hadir

 
Surau Menara Maju

 
Yeah makan-makan sambil bersembang... AbangLong Kimie (berbaju merah), yang bertanggungjawab dalam melaksanakan program amal ini.

 
Suasana meriah di Surau diharap dapat membuka mata penduduk setempat untuk turut sama memenuhi surau dimasa akan datang, InsyaAllah.

 
Ustaz Tuah, sedang menjawab beberapa soalan berkaitan jin/makhluk halus... 

 
Majlis hampir waktu bersurai...

Ziarah keluarga balu arwah Fendi

Dengan penuh rasa tanggungjawab. Kami menziarah keluarga balu arwah fendi, rakan Pancing.net yang terkorban dalam kemalangan jalanraya bulan puasa lalu.
Lokasi: 254, Persiaran Damai 9, Tmn Sri Damai, Tapah, Perak.
 
Ahli yang terlibat dalam program ziarah keluarga balu arwah ialah:
1. Tuan Zecck
2. Tuan Nodri_Selama
3. Tuan Aril
4. Tuan Zaid
5. Cik Julia
6. Tuan Kimie

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM

SALAM SEJAHTERA SEMUA

Alhamdulilah, kami telah berjaya mengumpulkan derma dan disumbangkan kepada pihak
pengurusan sekolah tersebut serta sumbangan untuk setiap pelajar.
Sebahagian daripada duit derma ini digunakan untuk membeli barang-barang keperluan
harian seperti biskut, beras dan sebagainya.

Selain sumbangan berupa wang ringgit, kami juga telah menerima beberapa sumbangan berbentuk pakaian baru dan lama yang disumbangkan oleh ahli2 kelab dan persendirian.
Disepanjang pertemuan dalam sesi ramah mesra dgn mereka, terpancar wajah2 kegembiraan diraut wajah mereka.

Sedikit info mengenai penghuni di rumah anak yatim Penyayang ini, rata-ratanya berumur didalam linkungan 8 hingga 17 tahun. Ada yg kehilangan ibu bapa sama ada kematian dan kesempitan hidup. Oleh itu, bagi kita yang mempunyai segala2nya, hendaklah kita bersyukur kerna diberikan kesempatan untuk hidup bersama-sama keluarga kita. Program ini telah dijayakan bersama diantara Persatuan APNK dan Kelab PNET.

Di sepanjang bulan yang mulia ini, teruskanlah melaksanakan amal2 ibadah,
sedekah jariah dan sebagainya. Semoga program yang telah dilaksanakan ini diberkati oleh ALLAH S.W.T.
PEMBUKA TIRAI SIRI LAPORAN D'MAJLIS
BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA ANAK-ANAK YATIM



ATUR CARA MAJLIS AKAN DILAKUKAN SEPERTI BERIKUT :

05.00 PM - PENDAFTARAN AHLI-AHLI PERSATUAN
05.30 PM - MAJLIS BERMULA DENGAN UPACARA DOA DAN UCAPAN DARI WAKIL HALUAN PENYAYANG
06.15 PM - UCAPAN DARI WAKIL PERSATUAN
06.45 PM - PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN DUIT RAYA
07.10 PM - DOA SELAMAT
07.30 PM - MAJLIS BERBUKA PUASA
08.00 PM - SOLAT MAGRIB BERJEMAAH DI SURAU HALUAN & TAZKIRAH
08.45 PM - SOLAT ISYAK BERJEMAAH DAN TERAWIH
09.30 PM - GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN / MOREH
10.00 PM - MAJLIS BERSURAI

APA-APA PERUBAHAN TERTAKLUK KEPADA MASA DI HARI KEJADIAN.
MENU MAKANAN : HIDANGAN SET NASI BERYANI DAN BUAH-BUAHAN
 
 Acara membaca tahlil...
Antara wajah-wajah anak yatim yang dirakam